Friday, March 4, 2011

Universiti Selangor


UNISEL atau UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR, telah ditukarkan namanya kepada UNIVERSITI SELANGOR bermula pada 14 Februari 2011. Singkatan nama Unisel itu masih dikekalkan. Presiden dan Naib Canselor Unisel Datuk Dr. Rosti Saruwono berkata perkataan 'Industri' yang digunakan sebelum ini menimbulkan kekeliruan kepada ibu bapa dan pelajar yang beranggapan bahawa Unisel hanya menawarkan kursus yang melibatkan industri dan kejuruteraan sahaja, sedangkan terdapat pelbagai kursus yang terdapat di universiti ini.

Justeru, dengan penjenamaan semula ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Tan Sri Raja Arshad Tun Uda sebagai Canselor Universiti Selangor yang berkuatkuasa pada 1 Mac 2011 hingga 26 Februari 2016. Perlantikan ini bagi mengisi kekosongan jawatan yang dahulunya di sandang oleh Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Sementara itu mantan ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Pro-Canselor Unisel.

Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda
Jawatan:-
  • Pengarah Sime Darby Berhad
  • Anggota Panel Kajian Semula Pencukaian (Tax Panel Review)
  • Pengerusi Maxis Berhad








Sumber dari:- http://www.selangorkini.com.my/my/berita/29347 (Universiti Selangor)
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/30245 (Perlantikan Canselor Baru)

No comments:

Post a Comment