Thursday, March 31, 2011

Elak Dari File Hilang

Salam,
Mungkin dikalangan anda pernah tertinggal, atau kehilangan "file" atau "folder" atau maklumat penting di dalam komputer anda, kini anda mempunyai pilihan sama ada membuat "buck up file" dengan menggunakan "thumb drive" atau dengan menggunakan "Dropbox Software"
Apakah itu Dropbox?

Secara ringkasnya fungsi perisian ini seperti "thumb drive". Cara penngunaannya amat mudah, anda hanya perlu memuat turun "software" ini, daftar (free), dan setelah itu segala maklumat yang ingin anda simpan hanya perlu dipindahkan di dalam "Dropbox Folder".

Sebagai contoh, setelah anda memasukkan segala data, maklumat atau"file" di dalam "Dropbox Folder" pada komputer peribadi anda. Kemudian, segala data yang anda simpan tadi, anda juga boleh membuka pada komputer atau laptop yang lain, dengan hanya "Log In" di dalam Akaun Dropbox anda. (pastikan "line internet" ada)

atau sekiranya komputer anda terpaksa untuk di "Format", anda boleh mendapatkan semula data yang anda simpan di dalam "Dropbox Folder" dengan "Log In" akaun anda.

( So, kepada rakan2 yang buat thesis tu, memang sesuai "software" ni untuk korang )

Sekiranya anda ingin mencuba atau ingin maklumat lanjut:-

Sila Klik"Dropbox Software"

atau "Download" di bawah ini



Friday, March 4, 2011

Universiti Selangor


UNISEL atau UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR, telah ditukarkan namanya kepada UNIVERSITI SELANGOR bermula pada 14 Februari 2011. Singkatan nama Unisel itu masih dikekalkan. Presiden dan Naib Canselor Unisel Datuk Dr. Rosti Saruwono berkata perkataan 'Industri' yang digunakan sebelum ini menimbulkan kekeliruan kepada ibu bapa dan pelajar yang beranggapan bahawa Unisel hanya menawarkan kursus yang melibatkan industri dan kejuruteraan sahaja, sedangkan terdapat pelbagai kursus yang terdapat di universiti ini.

Justeru, dengan penjenamaan semula ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Tan Sri Raja Arshad Tun Uda sebagai Canselor Universiti Selangor yang berkuatkuasa pada 1 Mac 2011 hingga 26 Februari 2016. Perlantikan ini bagi mengisi kekosongan jawatan yang dahulunya di sandang oleh Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Sementara itu mantan ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Pro-Canselor Unisel.

Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda
Jawatan:-
  • Pengarah Sime Darby Berhad
  • Anggota Panel Kajian Semula Pencukaian (Tax Panel Review)
  • Pengerusi Maxis Berhad








Sumber dari:- http://www.selangorkini.com.my/my/berita/29347 (Universiti Selangor)
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/30245 (Perlantikan Canselor Baru)