Tuesday, April 12, 2011

Chaoticatyn

Salam

Post kali ini saya ingin berkongsi dua buah novel..
Sebenarnya novel ini saya download atas permintaan "Chaoticatyn"(sahabat YM)
dan saya kongsi juga kepada anda yang meminati novel ini.
kedua-dua novel ini dalam bentuk "file pdf"

Emily The Strange - The Lost Days

The Tales of Beedle The Bard by J.K.Rowling
Novel Tambahan:-

Chiken Soup for the Teenage Soul
Selamat Membaca.

Friday, April 8, 2011

Kerana Burung, Kapal Terbang Binasa

Salam.

Benarkah burung boleh merosakkan kapal terbang?




Situasi yang ditunjukkan pada gambar di atas dipanggil "bird strike", kadang kala disebut sebagai 'birdstrike', 'avian ingestion' (jika berlaku di dalam enjin), 'bird hit', atau BASH ( Bird Aircraft Strike Hazard). Ianya berlaku akibat daripada pertembungan antara haiwan terbang (burung atau kelawar) dengan pesawat. 'Bird Strike' merupakan salah satu ancaman keselamatan penerbangan, dan telah mengakibatkan kemalangan dan telah mengorbankan manusia.

Kebiasaannya situasi ini berlaku ketika 'takeoff' atau 'landing' atau selama penerbangan pada 'altitude' rendah. Pernah juga dilaporkan pertembungan berlaku pada 'altitude' tinggi sekitar 6,000 m (19.685 ft) hingga 9,000 m (29.528 kaki) dari aras tanah. Majoriti pertembungan berlaku berhampiran atau di lapangan terbang (90% menurut ICAO) ketika 'takeoff', 'landing' atau semasa fasa yang berkaitan. Menurut sumber 'FAA wildlife hazard management manual for 2005' pula, kurang dari 8% pertembungan terjadi di atas 900 m (2953 ft) dan 61% terjadi kurang dari 30 m (100 kaki).

Pertembungan Bahagian "Wing" pesawat



Pertembungan Bahagian "Turbine" pesawat



Pertembungan Bahagian hadapan pesawat



Avian ingestion (pertembungan yang berlaku di dalam enjin)





Kemalangan yang telah berlaku disebabkan "Bird Strike" ini:-


Maklumat lanjut tentang kemalangan ini, Klik Disini






Pencegahan daripada situasi "Bird Strike" ini:-
  1. Mengurangkan daya tarikan untuk burung di sekitar kawasan lapangan terbang, seperti menanam rumput yang tidak menghasilkan benih atau rumput yang disukai oleh burung. Pohon dan struktur tinggi yang boleh dijadikan kawasan untuk burung bertenggek perlu dihapuskan atau diubah.
  2. Cara lain ialah menggunakan peranti atau alat yang berfungsi untuk menakutkan burung seperti suara, lampu, pyrotechnics, radio-controlled airplanes, laser dan tidak ketinggalan penggunaan anjing.
  3. Alternatif lain ialah menangkap dan menempatkan semula pada habitat asal burung tersebut.

Cara yang pelik dilakukan untuk menghalau burung supaya tidak menghampiri kapal terbang:-


Letak jer kucing:- Meow



http://www.techandproject.com/2010/09/how-flights-usually-avoid-bird-strike.html
http://www.fodnews.com/article1a.html
http://news1.capitalbay.com/news/plane_forced_to_make_an.html
http://www.sharenator.com/Bird_strike/#/bird_strike2-1.html


Gambar dari:-
http://english4aviation.pbworks.com/w/page/24448140/Pictures
http://crazy-pics-pictures-images.blogspot.com/2009/04/crj-birdstrike-damage.html