Benarkah burung boleh merosakkan kapal terbang?



Situasi yang ditunjukkan pada gambar di atas dipanggil "bird strike", kadang kala disebut sebagai 'birdstrike', 'avian ingestion' (jika berlaku di dalam enjin), 'bird hit', atau BASH ( Bird Aircraft Strike Hazard). Ianya berlaku akibat daripada pertembungan antara haiwan terbang (burung atau kelawar) dengan pesawat. 'Bird Strike' merupakan salah satu ancaman keselamatan penerbangan, dan telah mengakibatkan kemalangan dan telah mengorbankan manusia.
Kebiasaannya situasi ini berlaku ketika 'takeoff' atau 'landing' atau selama penerbangan pada 'altitude' rendah. Pernah juga dilaporkan pertembungan berlaku pada 'altitude' tinggi sekitar 6,000 m (19.685 ft) hingga 9,000 m (29.528 kaki) dari aras tanah. Majoriti pertembungan berlaku berhampiran atau di lapangan terbang (90% menurut ICAO) ketika 'takeoff', 'landing' atau semasa fasa yang berkaitan. Menurut sumber 'FAA wildlife hazard management manual for 2005' pula, kurang dari 8% pertembungan terjadi di atas 900 m (2953 ft) dan 61% terjadi kurang dari 30 m (100 kaki).
Pertembungan Bahagian "Wing" pesawat


Pertembungan Bahagian "Turbine" pesawat


Pertembungan Bahagian hadapan pesawat


Avian ingestion (pertembungan yang berlaku di dalam enjin)



Kemalangan yang telah berlaku disebabkan "Bird Strike" ini:-
Maklumat lanjut tentang kemalangan ini, Klik Disini
http://www.techandproject.com/2010/09/how-flights-usually-avoid-bird-strike.html
Pencegahan daripada situasi "Bird Strike" ini:-
Cara yang pelik dilakukan untuk menghalau burung supaya tidak menghampiri kapal terbang:-
- Mengurangkan daya tarikan untuk burung di sekitar kawasan lapangan terbang, seperti menanam rumput yang tidak menghasilkan benih atau rumput yang disukai oleh burung. Pohon dan struktur tinggi yang boleh dijadikan kawasan untuk burung bertenggek perlu dihapuskan atau diubah.
- Cara lain ialah menggunakan peranti atau alat yang berfungsi untuk menakutkan burung seperti suara, lampu, pyrotechnics, radio-controlled airplanes, laser dan tidak ketinggalan penggunaan anjing.
- Alternatif lain ialah menangkap dan menempatkan semula pada habitat asal burung tersebut.
Cara yang pelik dilakukan untuk menghalau burung supaya tidak menghampiri kapal terbang:-
http://www.fodnews.com/article1a.html
http://news1.capitalbay.com/news/plane_forced_to_make_an.html
http://www.sharenator.com/Bird_strike/#/bird_strike2-1.html
Gambar dari:-
http://english4aviation.pbworks.com/w/page/24448140/Pictures
http://crazy-pics-pictures-images.blogspot.com/2009/04/crj-birdstrike-damage.html
No comments:
Post a Comment