Monday, February 7, 2011

Jom Kitar Semula Pesawat

Kitar Semula... itu adalah senario biasa yang kita dengar di dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan sumber bahan mentah di dalam penghasilan sesuatu produk seperti besi, kertas, dan sebagainya. Antara bahan yang boleh dikitar semula adalah tin minuman, botol plastik atau kaca, kertas, kotak dan surat khabar. Tetapi adakah kita terfikir bahawa pesawat juga boleh dikitar semula?.

Kitar semula pesawat ini, sama seperti kitar semula bahan yang lain. Perbezaannya pesawat lebih besar daripada bahan yang biasa untuk dikitar yang terdapat dirumah. Kapal terbang atau pesawat yang lama mempunyai banyak aluminum, besi dan bahan - bahan yang mempunyai nilai untuk dikitar.

Antara sekarang hingga tahun 2024, sebanyak 7,200 pesawat komersial - termasuk Boeing 747 dan 737 dan Airbus A320 dan model A340 - akan dilupuskan, dan selebihnya iaitu 18,000 pesawat masih lagi beroperasi.

Boeing pada tahun 2006 telah menubuhkan "Aircraft Fleet Recycling Association" dan sebanyak 34 buah syarikat usahasama bergabung bertujuan untuk meningkatkan tahap kitar semula pesawat ini hingga 90 peratus daripada 60 peratus.
Boeing 707 ini adalah salah sebuah pesawat dari ribuan pesawat yang dikitar semula, dan dikumpulkan di padang pasir di Arizona, Nevada, dan California. (Gambar atas)



Ini adalah pandangan atas di Victorville, California, yang boleh dilihat secara 'online' melalui Google Maps. (Gambar kanan)














Dari bahagian luar pesawat, kerusi, roda, dan sebagainya, kira-kira 80 peratus bahan daripada pesawat boleh digunakan semula. Menurut Boeing, untuk menceraikan bahagian sesebuah pesawat memakan masa selama sebulan.




Mekanik akan membuka enjin, sistem kawalan, pam, bateri, sayap pesawat serta bahagian yang masih berfungsi dan dihantar kepada penjual untuk dijadikan alat ganti terpakai pesawat.



Logam, Logam Alloy, plastik, bahan komposit yang telah dipisahkan akan dijual kepada broker barangan lusuh.
Produk yang mengandungi bahan kimia beracun, seperti cecair hidraulik akan dibuang secara berasingan dan mengikut langkah yang ditetapkan oleh undang-undang.

Diluar pasaran industri barangan lusuh ini, terdapat sebilangan kecil pereka perabot yang telah mengubahsuai komponen pesawat kepada perabot.



Seperti yang telah dilakukan oleh pemilik syarikat perabot Moto Art iaitu Dave Hall yang telah mereka sebuah meja bernilai $12,ooo yang dibina dari sayap pesawat jenis Lockheed C-130. Pesawat ini dahulunya digunakan sebagai kargo tentera dan operasi perubatan serta misi kemanusiaan sejak tahun 1950.


Di sebelah kiri ini adalah "ejection seat" dari pesawat pejuang jenis B52, dan ditukar menjadi kerusi yang bernilai $4,900.















Gambar ini pula adalah meja bulat yang dimanfaatkan dari roda Boeing 707.




Bruce Campbell membeli Boeing 727 dengan harga $100,000 dan menukar fungsi pesawat tersebut sebagai rumah yang terletak di Portland. Pesawat tersebut mempunyai keluasan 1,066 meter persegi.


Kesimpulannya, kitar semula ini lebih banyak mendatangkan kebaikan, tidak kira sama ada ianya bahan dari tin minuman, kertas atau pun sebuah pesawat. Selain dari dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah, kitar semula dapat menjana ekonomi sebuah syarikat mahupun individu. Jadi bersamalah kita menjaga alam sekitar dan lakukan kitar semula.


Sumber dari:-

http://www.zdnet.com/
http://www.greentechnolog.com/2008/01/airplane_recycling.html

No comments:

Post a Comment